klik-klik!

Saturday, October 1, 2011

facial dan my new skin care product..

assalamualaikum..
hye u olls...
apa khabar??
lama betul tak menulis kat blog ni..
sibuk la sikit sejak bukak school ni..
sekarang ni tengah posting obstetric n gynaecology (O&G)..
jadi bidan la saya dalam 5 minggu ni..=)

u olls pernah tak pergi buat facial??
saya tanya ni sebabnye saya baru je lepas buat facial semalam..hehe..
best betol!even sekejap je semalam..
juz buat express facial je .
tapi even sekejap, saya sangat-sangat puas hati..
saya buat facial kat dermalogica punye tempat kat KB MALL..
saya saja je jalan-jalan depan tempat tu, but then terperasan satu promotion..

"RM 198 untuk starter kit+30 minutes free express facial+30% discount for next facial"

bile tengok promotion saya terus berbelah bahagi..
nak ke taknak??
saya ni student lagi..
bukannye banyak sangat duit..
laen la kalau dah kerja..
bile fikir-fikir, dermalogica ni well established punye skin care product.
so, boleh dipercayai la kan..
saya pun tengah mencari-cari skin care yg bagus sekarang ni sebab semenjak dua menjak ni muka saya makin terok...
bile tengok promotion ni, apa lagi, rembat je la kan!!
haha..

saya beli that starter kit n terus buat express facial.
best sangat-sangat wat facial tu..
1st time wat facial yang betul-betul..(sebab sebelum ni juz buat facial kat tempat biase-biase..huhu)

sebelum start facial, consultant tu akan advise about our skin type n suruh kite jawab questionaire dulu aout our skin..
then, die suruh tukar baju n then masuk dalam bilik facial.
bilik tu sangat2 best.memang relaxing sangat2 dengan music soft lagi.
30 minutes rasa tak cukup.
rasa macam tak sabar nak buat next facial..


ni contoh starter kit yang saya dapat semalam..


ni face mapping..die map zon-zon kat muka kita..

okeyla,samapai sini dulu..
nanti i story mory lagi progress after pakai this skin care...
bye~~~

Friday, August 5, 2011

jom try buat trifle!

salam..

hari ni dah masuk hari ke-5 umat islam berpuasa..
baru 5 hari, tapi dah tak de idea nak makan apa untuk buka puasa.
tekak pun tak mengidam yang pelik-pelik.
gi bazar ramdhan pun tak rasa nak itu,ini..
alhamdulillah,berjaya kawal nafsu la tu kot..haha

ok lah..
kali ni saya nak share resipi trifle..
alah..very da simple la..
pejam mata pun boleh buat la..haha

bahan-bahan:

1) 1/2 biji kek gulung /kek sponge
2) susu cair 1 tin
3) tepung castard 1/2 cawan
4) air 1 cawan
5) gula 2 sudu
6) cocktail buah-buahan 1 tin / buah kiwi/strawberi
7) agar-agar jeli kristal Nona 1 paket
8) air panas 1 mangkuk

cara-cara:

1) panaskan susu cair di dalam periuk
2) kacau kastard dan air di dalam bekas yang lain
3) masukkan bancuhan kastard ke dalam periuk mengandungi susu cair. kacau sehingga berkilat
4) di dalam bekas lain potong kek gulung dan susun sehingga habis. lembapkan kek dgn menggunakan air cocktail
5) masukkan buah-buahan cocktail di atas kek.tambah buah-buahan lain untuk menambah rasa.
6) tuangkan kastard yang telah dimasak tadi ke atas buah-buahan cocktail
7) untuk bahagian atas trifle, kacau agar-agar jeli bersama air panas sehingga sebati
8) tuangkan agar-agar jeli ke atas kastard dan sejukkan.
9) bila dah betul-betul keras, dah siap untuk dihidang!!!



senang kan??
bahan-bahan pun ada kat rumah je..
ok, hope u'olls boleh try buat resepi ni..
selamat mencuba!!!

Friday, July 15, 2011

wanita dan make-up...eh,saya masih remaja..so, remaja dan make-up.

salam..

who loves make-up??
i bet most of remaja-remaja perempuan, anak-anak dara, mak-mak dara love make-up.
ke ada jugak lelaki yang suka??hehe..itu i tak nak masuk campur..

honestly, saya dari kecik suka tengok orang make up n suke make up.
suka curi-curi pakai lipstick mak or kakak n bajet cun depan cermin sambil muncung-muncung mulut.(ingat angelina jolie ape??)
tapi bile dah besar sikit, dah masuk sekolah, saya dah kurang minat make up nih.
even nak pakai bedak tabur kat muka tu pun malas.
tapi bile dah kena berleter dengan mak cakap anak india mana la gi sekolah, baru la tepek sikit bedak kat muka.

tapi bila dah masuk golongan remaja ni, saya mula minat balik make up.
suka sangat tengok orang make up.
suka belajar n try, tapi bila pakai kat diri sendiri, rasa macam apa kes aku ni??
buruk bebenor.
tapi disebabkan suka make up, saya selalu beli barang-barang make up.
tapi, pakai jarang-jarang.
sebabnya saya tak reti make up.
but some of the basic make up saya pakai la sekarang.
especially after satu insiden ni.

insiden ni berlaku kat ward.
ada seorang ibu patient (umur dalam 30-an) menegur kawan saya, "akak pelik la tengok awak dan kawan-kawan awak ni.."
"kenapa kak??apa yang pelik?"
"apsal semua muka pucat,lesu je..tak pakai gincu ke??bukan setakat student je, doctor sendiri pun sama."
"erk,ye ke kak??hmm..ntahla..hehe.kalau nurse tu rajin la kot melawa nih.=)"

bila fikir-fikir balik,betul jugak cakap akak tu.
muka sorang-sorang mata sembab,tak cukup tido.(saya terkecuali sebab saya terlebih tido..hehe)
takde pun student yang melawa pergi round hari-hari.
asal pakai bedak tu pun dah kire ok.
tak de masa kot nak tepek macam-macam kat muka.

walau macam mana pun, permpuan tetap perempuan.
n saya pasti setiap perempuan akan ada keperluan make up yang asas sekurang-kurangnya seperti bedak or lip balm.
ok lah, saya nak share some of my basic make up yang saya paling suke sekarang ni...

1) foundation from simply siti.

saya suka this foundation sebab die kurang berminyak, sekata bile pakai, n wangi.


2) compact powder from majorlica majorca

saya jenis yang tak suka sangat pakai compact powder.but since try this one, saya dah suka compact powder. it blends well with the skin tone and cover the pores.


3) lipstick from elianto
i love this lipstick so much...
sebabnye die sangat moist, ringan and banyak pilihan warna yang natural.sesuai untuk gadis-gadis remaja.haha..

tu antara my basic make up yang saya guna..
what about u girlz??












Sunday, July 10, 2011

anda semua kena, mesti, harus tengok cerita ni..

salam..

apa drama TV yang korang suka layan sekarang ni??
tahun lepas semua dok layan nur kasih kan??
sekarang ni baru habis usim nora elena.
apa lagi eh cerita yang korang layan??
tak termasuk drama sinetron indon la.
kemon la...sinetron-sinetron indon ni bukan main berlambak lagi sekarang kat tv.
boleh kata 2,3 channel dalam satu masa tayangkan sinetron indon.
sampai naik muak mak!

sekarang ni, ada satu cerita yang baek punya yang saya nak promote.
cerita JUVANA.
cerita ni ada setiap ISNIN, 9 malam di TV3.
actually, saya tak layan cerita ni awal-awal.
so, saya dah miss la episod awal-awal tu.
tapi masa cuti hari tu, my nieces yang promote saya cerita ni.
n bila dah tengok, macam best pulak.
terus addicted.
setiap minggu memang tertunggu-tunggu cerita ni.
nasib baek ada tonton.com.my.
boleh la saya layan episod awal cerita ni.
cerita ni pasal kehidupan students kat sekolah juvana (macam henry gurney) yang dah buat jenayah sebelum ni.
setiap student ada kisah masing-masing.
kisah di sebalik jenayah yang diorang lakukan.
sape2 yang belum tengok cerita ni, u olls boleh tengok malam ni okey...



salam..

Saturday, July 9, 2011

manisnya kurma ini!


salam...

bertemu kita dalam rancangan manisnya kurma ini!!




hari ini saya nak bincangkan tentang perkara-perkara yag selalu menjadi persoalan dalam mengerjakan solat terutamanya untuk muslimat.

1) telekung yang dipakai haruslah menutup bawah dagu. lagipun telekung yang kita pakai dah memang sedia ada bahagian khas utk cover bawah dagu kita. tu bukan saja-saja nak letak okey! mostly ramai yang pakai telekung tapi dagu still tak tertutup. contohnya dalam drama2 tv tuh.pelakon2 tu bukan maen pakai telekung tapi dagu terbukak semua!

2) apabila mengangkat takbiratul ihram, kedua-dua tapak tangan perlu dihadapkan ke arah kiblat sebetul-betulnya.(pelik je bunyi ayat nih
.tapi faham kan??maksudnya, takleh la nak belok-belok.)

3) semasa tengah berdiri (membaca al-fatihah), tangan perlu diletak di antara dada dan bawah pusat. maksudnya tidak terlalu atas dan tidak terlalu bawah.

4) semasa sujud, anggota yang perlu dilekapkan di atas s
ejadah tanpa sebarang lapik (seumpama telekung) hanyalah dahi. ini untuk muslimat. lain bagi muslimin, mereka perlu melekapkan dahi, tapak tangan. ini saya dengar dalam rancangan di tv al-hijrah. tapi ada jugak saya dengar, bagi muslimat kedua tapak tangan juga perlu dilekapkan ke sejadah tanpa sebarang lapik. wallahuallam.

5) semasa sujud juga, jari-jari kaki kita perlu diambil perhatian. ramai yang ambil ringan perkara ni. adalah salah jika kita sujud dengan tapak kaki dan jari-jari kaki kita betul 90 darjah berdiri tegak macam tu. sepatutnya, jari-jari kaki kita perlulah dibengkokkan sehingga perut jari-jari kaki kita bersentuhan dengan sejadah.

6) semasa sujud juga, bagi muslimat, kita perlu merapatkan tangan kita ke badan. maksudnya, kita perlu merapatkan kedua-dua belah ketiak dan bah
agian lengan ke badan sehingga tiada ruang di antaranya.



okey lah,itu saja yang boleh saya share kali ni. kalau ada salah silap,sila tegur ya.
semoga berjumpa lagi di lain siaran rancangan manisnya kurma ini..
nasib baik tak semput..hehe...

bye!

Thursday, July 7, 2011

sedap gilerr.....tapi sedap takde la sampai jadi gile.




salam...

yeehhaaa....
i'm on holiday....
cuti panjang pulak tuh..
cuti sampai raya..
hepi betol dapat cuti lama-lama nih.
ye la..bukan senang medic school ni nak bagi cuti pa
njang-panjang.
even tak de plan nak gi vacation mana-mana, i tak kesah...
dok rumah je pun okey...
rumahku syurgaku...hehe

lagipun sekarang ni musim buah.
macam-macam buah ada kat rumah.
rambutan,manggis,mangga,durian..
ah....nikmat betol hidup kat malaysia ni..
alhamdulillah...

n one more thing yang saya memang suka sangat2 makan sekarang ni....
jeng,jeng,jeng...
...
...
...
...
...
...
ice cream berry strawberry gold walls...
sedap gilerr ice cream nih...
dahla ada stroberi dalam tuh..memang best!
sape yg belum try,cepat beli sekarang..hehe.

bye..
nak layan cerita nora elena.
ketinggalan betol saya ni kan??
daa~~~




Wednesday, June 22, 2011

peluang kedua

salam.

dah lama sangat tak tulis kat blog.
banyak je benda nak cerita tapi takde mood nak tulis.
n lots of things to do since i have to remedial 1 posting.
ape kebenda remedial tu???
remedial tu kire macam redo balik posting if kite fail that posting previously.
it's like peluang kedua to medical students kat usm ni.
saya tak tau if other university has this remedial thingy.
kalau usm ni, if fail 1 posting, kena remedial 1 posting.
if fail 2 posting, remedial 2 posting.
kalau fail 3 posting dan ke atas??
kena repeat the whole year balik tau!
scary betol usm punye system.
kononnya for our benefits la katanya.

n now i'm in usm again while others who didn't fail any posting sedang bergembira elektif kat hospital lain.
saya kena remedial 1 posting which is paediatric (kanak-kanak)
i have to do this posting for 4 weeks.
it's quite awkward jugak awal-awal tu sebab just ada 7 students je yang kena remedial paed's.
kelas, ward round semua hanya 7 orang.
7 orang tu hanya for 2 weeks.
another 2 weeks hanya tinggal 3 orang.
sebabnya 4 orang tu have to redo another posting.
n i'm included dalam 3 orang tu.
so, sekarang ni dah minggu ketiga.
tinggal 3 orang saja la.

even bertiga, kelas kitorang berjalan macam biasa.
alhamdulillah,i think bagus jugak remedial ni sebab banyak sangat saya tak tau in paeds because i banyak skip class masa posting paed dulu (masa ayah saya meningal)
alhamdulillah kerana diberi peluang kedua..

minggu depan ada exam end of posting.
doakan saya lulus ye!
thanx for reading!

Saturday, May 14, 2011

end of psychi posting

salam..
hye!!!!

tak de idea nak tulis apa kali nih.
juz nak tepek gambar2 masa keluar after end of psychi posting haritu.
enjoy!!!












Tuesday, May 10, 2011

malu tapi mahu.saya sayang kamu!

salam.
hai semua.

saya rasa,x terlambat lagi untuk saya wish selamat hari ibu kepada semua insan yang bergelar ibu di seluruh dunia.
u are the best person in the world.

saya dah wish kat mak saya hari ahad lepas .
n hari ibu this year lagi special sebab birthday ma jatuh pada hari yang sama...
awal2 tu,x ingat pun hari jadi ma tu hari sama ngan hari ibu.
bila call ma hari tu,boleh pulak saya gaduh-gaduh (ada masalah sikit) n nangis2 dalam telefon.
(malunyer...)
bila dah nangis2,memang xsempat nak wish pape la.
bila dah letak phone,baru sedar x wish selamat hari ibu.
then,bila tengok kalendar baru tau hari ni birthday ma jugak.
argh...nak call balik,malu!
ye la..tadi nangis-nangis.
malu,malu,malu.
malu,tapi mahu wish.
nak tunggu ma pujuk saya dulu.
boleh tak?
apa punye anakla aku nih kan??
haih...

tapi,tunggu punya tunggu, ma tak call pun.
haih..sedihnye...
adoi..ape lak??
saya yg patut call dia balik kan??
malam tu bila dah kurang sikit rasa malu,terus call.
haha...
baru wish selamat hari ibu n selamat hari jadi.
hehe..
rupenya, semua adik beradik kat KL celebrate besday n hari ibu kat rumah abang sulung saya.
ada makan-makan.
huh..
ini tak adil!
saya kat sini, sorang2.
nak celebrate jugak!!!!
huhu..

this are the pics mase diorang celebrate birthday n hari ibu.
kek 3 bijik okay!




~~~yummy~~~


cucu yang excited lebih nak makan kek.siap panjat meja dah tu.


anak-anak lelaki yang tak cukup korum.


cabut ape la tu??


ape si jantan2 ni wat dengan kek ma tu??

cucu yang over tiup lilin okey!

nak stroberi,nak stroberi!!!!

tak abes potong kek lagi??


tengok gambar pun jadilah..
hopefully ma cepat sembuh and sihat macam biasa.
boleh gi jalan2 lagi ngan anakmu ini.
hehe...

selamat hari jadi ma!
selamat hari ibu!
aini sayang ma!

Sunday, May 1, 2011

tenanglah kamu di sana

i miss you, abah.

al-fatihah.

this song means a lot to me..

it juz how i feel when i'm thinkng of you.

SLIPPED AWAY by AVRIL LAVIGNE

Na na, na na na, na na
I miss you, miss you so bad
I don't forget you, oh it's so sad
I hope you can hear me
I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it won't be the same
Oh

Na na na na na na na

I didn't get around to kiss you
Goodbye on the hand
I wish that I could see you again
I know that I can't

Oh
I hope you can hear me cause I remember it clearly

The day you slipped away
Was the day I found it won't be the same
Oh

I had my wake up
Won't you wake up
I keep asking why
And I can't take it
It wasn't fake
It happened, you passed by

Now you are gone, now you are gone
There you go, there you go
Somewhere I can't bring you back
Now you are gone, now you are gone
There you go, there you go,
Somewhere you're not coming back

The day you slipped away
Was the day I found it won't be the same no..
The day you slipped away
Was the day that I found it won't be the same oh...

Na na, na na na, na na
I miss you


semoga abah tenang di sana...

Thursday, April 28, 2011

1 more year for...

salam.

1 more year??
untuk ape?
untuk saya belajar?
untuk saya cari calon??
ke untuk saya kawin?
oh,tidak-tidak.
bukan sama sekali.
haha.

actually, hari ni result professional exam (PRO) III a.k.a final exam untuk final year dah keluar.
even saya ni belum lagi final year, tapi tadi rasa memang nervous sangat-sangat.
macam nak ambik result sendiri pulak.

secara tradisinya, result exam PRO kat usm ni akan diumumkan oleh dekan atau timbalan dekan akademik.
tapi, biasanya timbalan dekan yang akan announce result untuk exam PRO I dan PRO II.
tapi untuk PRO III, dekan sendiri yang akan announce.
nama-nama pelajar yang lulus exam akan diumumkan mengikut abjad.
n kalau nama tak disebut, maksudnya kurang bernasib baik(atau tak lepas).
kalau tak bernasib baik, kena repeat year.
nauzubillah..mintak jauh sangat2.

tadi, sempat pergi tengok result final year diumumkan.
tapi dah dekat hujung2 dah.
cara result PRO III diannounce ni lain drp PRO I n PRO II.
yang lainnya result final year ni, nama pelajar yang lulus akan disebut dengan title DR di depan nama.
wah...sangat terharu.
rasa macam excited,happy,sedih,takut,semua ada tadi masa dengar nama-nama diumumkan.
rasa macam tak sabar nak dengar nama DR NOR AINI ZAKARIA diumumkan next year.
huhu..
lepas result diumumkan, best student akan dipanggil n best student akan lead baca HIPPOCRATES OATH.
wah...tak sabarnya nak rasa semua ni...

1 more year,AINI.

insya ALLAH,amin...

Sunday, April 24, 2011

finally, my wish come true!

salam..

apa khabar semua???
harap2 semua sihat la ye...(mood tengah excited lagi nih)

you allz ade tak artis kegemaran??
hmm..kegemaran tu mcm tak sesuai sangat.
ok2.
saya tuka.
you allz ade tak jadi die hard fan kepada mana2 artis?
tak kisahlah artis tempatan ke, artis mat salleh ke, artis korea ke, jepun ke, arab ke.
siapakah artis tu??
n apa yang korang buat untuk membuktikan korang ni die hard fanz kepada arits tu??
pernah tak jumpa dengan artis tu?


ok..
dah.
banyak tanya pulak saya nih.

tu sebenarnya muqaddimah kepada entry saya kali ni.
saya memang nak cerita pasal artis yg paling2 saya suka.
sape lagi, kalau bukan AKIM.
n saya rase, kalau you allz pernah baca blog saya nih, mesti you allz dh tau kan??
tak pun,dah nak termuntah tengok entry saya cerita pasal akim.
hehe..
minggu lepas pun saya ada post entry yang saya pergi tengok konsert hotlink akim n tomok.
tapi at that time, tak puas hati sebab tak leh ambik gamba dengan dia.
so, bila saya tahu akim nak datang kelantan lagi hari jumaat nih, saya terus usha pasal konsert tu.
usha punya usha, konsert tu untuk minggu setiausaha.
akim n shahir will perform.
n harga tiket rm 180 n rm 200.
OMG! (terkejut mak, nok!)
tapi saya still rasa nak pergi.
saya try tanya sape2 yang nak join saya,tapi hampa.
tak de sape yang sanggup bayar harga tiket tu semata-mata nak jumpa artis kegemaran diorang.
so, terpaksa la saya pendamkan impian saya ni.
tak de pendam mana pun, tanya jugak sape2 yang nak pergi.
mana tau, ada jugak orang nak temankan.
tapi,sampai hari jumaat tu, memang tak de sape nak pergi.
saya ni sampai tidur tak lena dok pikir nak pergi konsert tu.
then, petang jumaat tu, saya dah macam orang tak betul kat bilik.
nak pergi, tapi xleh pergi sebab xde teman.

tapi akhirnya, saya jumpa gak orang yang nak pergi.
kak sally yang bagitau.
one of fan akim gak.
so,saya pergi beli tiket petang tu n pas maghrib terus masuk ballroom.huhu..
semangat ok.
jumpe 'kawan baru' tu kat situ jugak.hehe
alhamdulillah...
puas hati sangat2 gi konsert ni.
saya leh tengok akim dekat2,leh amek gambar dengan dia, leh mintak otograf ngan die, leh borak2 ngan dia.
happy sangat2!
tak tahu nak cakap camne dah.
rasa macam mimpi jadi kenyataan.

ok,ni some of pics masa konsert tu..
enjoy...


















Thursday, April 21, 2011

meh pakat tengok music video janji nyanyian akim!


salam....

sukenye,sukenye!!!
music video (MV) lagu JANJI dah keluar.
siapa yang dah tengok??
best kan?tapi agak sakit hati gak la part ending tuh.=P
siapa yang belom tengok lagi??
ha..cepat cari kat youtube sekarang.
kalau tak,kamu akan menyesal.haha...
ayat promote habes ni!
boleh dapat royalti ni kalau promote camni.hihi

MV janji ni sebenarnye kesinambungan MV INILAH CINTA.
ha..sape yang xtengok lagi MV INILAH CINTA??
ish..x kan ada lagi yg x tengok kot?
nak kena sekeh kepala ni.hehe.gurau2.


kan dalam MV INILAH CINTA, akim ngorat perempuan yg nama Acha tu kan?
ha..dlm MV JANJI ni si acha n akim ni dah couple la.
tapi pastu...
nak tau pe jadi??
kena tengok sendiri la ye.
hihi..

ok,thanx for reading!

Sunday, April 17, 2011

i met akim (part 2)

salam.

i met akim again!!!!
n this is the 2nd time.
1st time last year.
saya ada post kat entry ni.
kire setahun sekali la saya jumpe artis pujaan hati saya ni.
leh sambut anniversary dah ni..hee~~

actually akim datang perform untuk konsert eksklusif hotlink kat kelantan.
bukan akim sorang la perform.
tomok, black, n shidi pun ada.
sape shidi??
saya pun xkenal sebenarnye.
orang cakap vokalis kumpulan data.
ye la kot..
hihi..

excited sangat2 bila tahu akim nk buat performance kat kelantan.
bangun awal sangat semalam sebab tak beli tiket pun lagi.
nasib baek dapat beli pagi semalam.
pas dah dapat tiket, sempat la bershopping2 dulu.
xplan nak shopping,tapi sekali bila dah masuk parkson, banyak la pulak sale.
rambang mata bila tgk barang2 kat dalam tu.
so,ape lagi.
saya rembat la satu heels.ngeh3..
tapi..yang new arrival.
xde less la.
yang xde less jugak la hati ni berkenan.
sabar je lah.

ok,back to the story.

lepas dah bershopping2,tepat kul 2 petang, saya dah ada dlm ballroom hotel renaissance KB.
get ready for watching the performance.
n their performance sangat2 la best.
tapi satu je yang saya xberapa puas hati.
game banyak buat utk orang laki je..
agak diskriminasi di situ.
ala..game tu bukan suruh joget2 atas stage tu pun.
laki la yang banyak dapat hadiah.
yang paling x puas hati diorang siap dapat handphone tu.
HANDPHONE okey!

at first saya duduk row ke4 cmtu la..tapi paling tepi.
bile artis nak tanya soalan n nak bagi hadiah,dia juz bagi kat orang yang duduk depan.
ini tidak adil!!!!
then,after rest solat asar, saya dengan tidak mengenal erti penat lelah terus mengatur langkah duduk row paling depan.haha...
tak malu gila.
ah...lantak la.
yang penting saya nak hadiah n kalau boleh nak tangkap gambar akim.
tapi...malangnya,akim tak layan pun peminat2 perempuan.
hmm..sedih...
berbeza ngan tomok,ramai gile kot peminat perempuan yang dok jerit2 nama dia n dia memang sporting abes la..
layan je peminat2 tu.
n the best part is bile dia tanye penonton datang dari mane.
saya jerit la datang dari terngganu.
then,dia terus datang dekat saya n tanya saya personally datang dari mana??
saya cakap la terngganu.(walaupun sekarang dok kat kubang kerian..haha)
dia macam terkejut la.dia tanye betul ke??
saya cakap betul la.
pastu baru die percaya.haha
then, bila dia nak tnya soalan kuiz,dia tanye sape nak jawab.
ramai la angkat tangan.saya ni pun punye la bersemangat angkat dari tadi tapi takde sape yang layan.
dan....akhirnya,tomok nampak kesungguhan saya dok angkat tangn ni (agaknya la..haha)
dia pun tanya la soalan kat saya.
nasib baek la boleh jawab.
yeayyyy!!!dapat jugak la hadiah dari hotlink.
tq tomok!!!
(tibe-tibe tersuka kat tomok pulak.)
sape suruh akim tak layan saye nih??haha...
dah.mengarut je saya nih.aishh....











Tuesday, April 12, 2011

"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"

salam.

buat julung-julung kalinye,saya menyertai contest sepanjang berkecimpung dalam dunia pembloggan ni.
huhu..
contest simple je.
macam mana nak masuk contest ni??senang je..

1) Follow blog nih
- DAH FOLLOW!
2) Buat 1 entry anda join contest ni dengan tajuk
"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin" - DAH BUAT!
3) Letak banner picture kat atas kat dlm blog korunk.. x kisah la sidebar ke kat mana ke dan link banner tu ke contest ni - DAH IKUT ARAHAN!(BANNER ADA KAT SIDEBAR.)
4) Gambar tu mesti la ORIGINAL yg korunk punya k.. x leh main ciplak2 org lain punya..ramai2 ke atau sorang2 ke yg penting anda mesti ada dlm gambar tuh, pic korunk boleh dalam bentuk statik atau lain2..tp terhad hanya 1 gambar SAHAJA - DAH IKUT ARAHAN!
5) Tag 4 org rakan anda yg aktif, pastikan mereka tahu merea diTag


and rakan-rakan saya yang bertuah itu ialah:

eppu
najwa
tayeng
hanisah






kalau nk diikutkan, banyak je gambar saya amek pose depan cermin.
tapi contest ni hanya bagi post 1 gambar sahaja.so, terpaksa la mengikut arahan.
pilih punye pilih gambar mana nak letak.
then, i decide nak letak....
gambar......
ni......



jeng, jeng, jeng!




ok x gambar ni??
ada harapan nak menang tak?
haha...
macam tak je..
tapi xpe.
eden torai!

thanx for reading!