klik-klik!

Wednesday, December 22, 2010

kubang kerian sudah maju sebab ada kedai best!

salam..
ptg tadi saya keluar makan dgn my roomate n fren.
on the way back to usm, we cross satu kedai yg kami tak pernah perasan kewujudannya sebelum ni.
dari luar,nampak sgt menarik sbb nmpk ada jual shawlzzz(z banyak mewakili pleural) n blousezz..
terus break mengejut n park kereta.
dlm sekelip mata, kami dah berada dalm kedai tu.
haha...nah..amek kau...
kempunan sgt nak shopping..
dah lama sgt tak shopping..
pantang tgk kedai yg jual benda2 gini...
terus pergi.

masuk je kedai tu,kami bertiga terus rambang mata melihat shawl,tudung syria,blouse n mcm2 lg yg pelbagai pilihan..
kalau diikutkan hati,macam nak beli satu kedai.
semua cantik,menarik...serius!
tak tahan dgn godaan shawl2 yg lawa2 tu, saya terus amek 1.
1 je..
yela,duit scholar tak masuk lagi..so,kena pandai la berjimat cermat.
nanti scholar dah masuk,saya mesti pegi lg kedai tu..hihi...




ni la shawl yg saya beli td..cantik x??hee...


saya nak promote sket kedai ni.kedai ni nama CHANTEQ.
mmg cantik2 pun brg2 yg dia jual.
harga pun ok.
location die btol2 kat dpn USM Kubang Kerian.
sederet ngan kedai2 runcit,7-eleven,farmasi.
ala..dekat ngan sizzling house tu...
student USMKK mesti kenal nye.
saja je nk promote.
bukan dapat royalti pape pun.
tp juz nak share kat kawan2 yg dok area kota bharu or kubang kerian, ada jugak kedai yang best kat KUBANG KERIAN ni...hehe..
yela..kubang kerian sekarang kan dah jadi BANDAR BARU KUBANG KERIAN.

haha..

Monday, December 13, 2010

hari ini isnin.esok?selasa!

salam..
hari ini hari isnin.
jadi,saya dan kwn2 team spine perlu cover semua cases under my team kat 3 wards.
sebabnya, esok hari selasa, bersamaan hari GRAND ward round bagi team spine.(siap buat huruf besar tu)GRAND ward ni mmg tersangat 'grand' sebabnya our big boss of spine team akan turun padang n pick any students to present any case yg dia pilih esok.
that student mestilah mempresent dgn lancarnya TANPA MELIHAT KERTAS.(huruf besar lagi!)
jadi, kami sebagai students team spine kena tahu setiap patient yang ada dlm team spine.
hari isnin adalah hari tension dan memenatkan bagi student team spine..
ni pun baru balik dari ward.(tapi xde la baru sgt)
trus bukak laptop,bukak citer personal taste sambil makan roti canai,sambil surf tenet..
ah,nikmatnye...
selepas berpenat-lelah di ward tadi.
ha,tadi join klinik one of orthopaedic specialist in HUSM.
xleh mention his name atas sebab2 peribadi.haha.die sgt2 baek ok.
memahami jiwa raga kami sebagai student.haha..td tbe2 die terkeluar topik yang hot pasal kerja sebgai doctor.
die ckp kerja ni penat...
n die tanye btol ke kami semua nk jadi doctor?sbb kerja ni sgt penat..
die as specialist pun leh ckp penat.apatah lagi houseman??kan3?haih...xdpt ku bayangkan bile kerja sbgi houseman nanti.
skrg ni pun dah penat cover case team sendiri..
mampukah aku??*sigh*



sempat bergambar di klinik..hehe

bermacam2 jenis reaksi muka kat klinik.
dari kiri: muka paksa senyum (sebab dh tau ada kamera), gelak berpada2 sbb dalam klinik,
muka xtahan tggu masa nk balik , muka xpuas hati sbb ramai sgt patient kat klinik.

Sunday, December 12, 2010

aku perlukanmu!

salam..
last few days, sy dpt berita sedih lg...
xtau la nape byk sgt dugaan yg Allah bagi kat sy..
hanya ALLAH je tau apa perasaan sy.
sedih,takut..
sejak dari tu jugakla, mood saya untuk study dah makin menghilang.



wahai mood..
menjelmalah engkau..
dampingilah aku..
temanilah aku...
aku amat perlukan kau!

Saturday, December 11, 2010

kau ku temu


lirik kau ke temu - kau dan aku 2

tiada ku sangka bertemu dgn dia
bersilanglah cara mengejar cita-cita siapa
aku cuma menurut kata orang semata-mata
jadi saksi segala perlakuannya

biar ternyata kemahuanku
segalanya dlm gapaianku

kau dan aku
harus percaya
menjalin ikatan irama
kau dan aku
harus bersama
walau lain tak serupa
kau dan aku...

sepertimu jua aku membawa cinta dan cita-cita
demi esok nan indah untuk kita bersama

biar ternyata kemahuanku
kini segala dalam genggamku

kau dan aku
saling percaya
terjalin ikatan irama
kau dan aku
tiada rahsia
walau lain tak serupa

Monday, December 6, 2010

kerana diriku begitu berharga!

salam.

salam maal hijrah kepada semua...
semoga tahun baru ini lebih baik berbanding tahun2 sebelum ni.
semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh yang Maha Esa..

sekarang ni, sy tgh posting orthopaedic.(atau dalam bahasa mudahnye,benda2 berkaitan tulang la..)
sejak masuk posting ni, byk case melibatkan motor-vehicle accident (MVA).
ada yang patah tulang,
ada yang loss of consciousness for a few days,
ada yang berubah pernagai (behaviour changes),
n yang paling sedih, paraplegia (lumpuh separuh badan dari pusat ke bawah)

most of them masih muda remaja.
age between 15-25 years old.
dlm umur macam ni,byk benda yg still x capai kn?
belum amek spm,
belum masuk u,
belum kerja,
belum ada gaji tetap,
belum kahwin,
belum ada family...
dan banyak lagi la yang belum.

bayangkan dlm umur macam ni, diorang lumpuh?
macam mana dgn masa depan diorg??
byk benda yang belum dibuat..
byk benda untuk dikejar.
tp semua tu hilang sekelip mata lepas accident.
sangat sedih.
memang la nampak patient tu senyum je,tp hanya mereka dan Allah saja yang tahu perasaan sebenar mereka.
betapa besar ujian Allah kepada mereka.

so,hargailah dgn segala pemberian Allah kepada kita.
kita diberi nikmat sihat, cukup segala anggota badan, hidup di negara yang aman,cukup makan, cukup minum n banyak lagi laa...
bersyukurlah!
kerana diri kita begitu berharga..