klik-klik!

Friday, February 1, 2013

selepas 5 tahun + 6 bulan

salam..

apa khabar semua??saya sihat walafiat..or should i say terlebih sihat sebab terlebih makan since cuti kat rumah...haha..yes!!i'm gaining weightt...ahhh...asyik gain je..bile nak turun nih..


alhamdulillah, setelah 5 tahun + 6 bulan belajar in medical school USM Kubang Kerian, akhirnya saya berjaya mendapat title DR...ya, saya agak ketinggalan berbanding my batchmates yang dah bekerja, dah ada kereta sendiri, dah kahwin...ooppsss.. ketinggalan sebab postpone exam after accident hari tu.. tapi ni semua ada hikmah daripada NYA.. ALLAH permudahkan peperiksaan saya kali ni.. exam PROFESIONAL III ULANGAN ni berjalan selama 4 hari. exam ini terbahagi kepada 2 bahagian, teori dan klinikal.. untuk bahagian teori, ade MEQ, OSCE dan MCQ. klinikal pulak terbahagi kepada 1 long case and 3 short cases. part teori tu, boleh la sebab paper bertulis.. yang part klinikal tu yang ketar lutut.. kena examine patient and present kat doktor. saya rasa semua medical school universiti tempatan pun sistem final exam diorang lebih kurang sama je kan?

nak share sedikit pasal exam klinikal tu..untuk exam kali ni, exam klinikal (long case and short case) berlangsung pada hari yang sama.. yela..sebab tak ramai student.. tapi agak meletihkan la. pagi tu long case dulu. saya dalam kumpulan pertama ambik exam. after sampai, cabut undi, then ikut Medical Officer (MO) yang bawak kite ke patient untuk diclerk. MO tu MO paediatric. so, i must get paed cases.. nerves tu xyah cakap la. tapi alhamdulillah, dapat patient n parents yang sangat baik.. lagipun fresh case. adik tu sakit ALL (acute lymphoblastic leukemia). nasib baek dah prepare toys untuk patient paeds. bile dah nampak dia buat muka boring, terus hulur toys..baru la dia happy.. then after 1 hour, MO tadi datang and bawak ke bilik examiner. alhamdulillah, dapat examiner yang benign.. 30 minutes masa bersama examiner, then fiuhhhh...lega...

petang pulak, short cases.. saya dapat surgical based la sebab long case dah dapat medical based. saya dapat examiner yang sangat baik jugak...3 orang examiner, tiga org patients.alhamdulillah. dapat case varicose vein, SGA + breech and peripheral nerve/hand examination. yang varicose vein tu, saya rase ok la, n examiner pun nampak puas hati. tapi yang o&g tu sangat teruk...haih.. masa tu hanya mampu berdoa untuk lulus.

selang sehari, result kami diumumkan.alhamdulillah all of us passed. dan sekarang ni hanya tunggu surat untuk start kerja..tak tau la dapat hospital mane. risau jugak dapat tempat yang entah apa-apa. and risau gak dengan condition kaki ni. still rasa sakit kalau lame sangat berjalan..

btw, all the best untuk kawan-kawan n juniors yang akan sit exam PROFESSIONAL on june 2013 nanti..
terima kasih kepada semua yang selalu mendoakan kejayaan saya...