klik-klik!

Thursday, April 28, 2011

1 more year for...

salam.

1 more year??
untuk ape?
untuk saya belajar?
untuk saya cari calon??
ke untuk saya kawin?
oh,tidak-tidak.
bukan sama sekali.
haha.

actually, hari ni result professional exam (PRO) III a.k.a final exam untuk final year dah keluar.
even saya ni belum lagi final year, tapi tadi rasa memang nervous sangat-sangat.
macam nak ambik result sendiri pulak.

secara tradisinya, result exam PRO kat usm ni akan diumumkan oleh dekan atau timbalan dekan akademik.
tapi, biasanya timbalan dekan yang akan announce result untuk exam PRO I dan PRO II.
tapi untuk PRO III, dekan sendiri yang akan announce.
nama-nama pelajar yang lulus exam akan diumumkan mengikut abjad.
n kalau nama tak disebut, maksudnya kurang bernasib baik(atau tak lepas).
kalau tak bernasib baik, kena repeat year.
nauzubillah..mintak jauh sangat2.

tadi, sempat pergi tengok result final year diumumkan.
tapi dah dekat hujung2 dah.
cara result PRO III diannounce ni lain drp PRO I n PRO II.
yang lainnya result final year ni, nama pelajar yang lulus akan disebut dengan title DR di depan nama.
wah...sangat terharu.
rasa macam excited,happy,sedih,takut,semua ada tadi masa dengar nama-nama diumumkan.
rasa macam tak sabar nak dengar nama DR NOR AINI ZAKARIA diumumkan next year.
huhu..
lepas result diumumkan, best student akan dipanggil n best student akan lead baca HIPPOCRATES OATH.
wah...tak sabarnya nak rasa semua ni...

1 more year,AINI.

insya ALLAH,amin...

Sunday, April 24, 2011

finally, my wish come true!

salam..

apa khabar semua???
harap2 semua sihat la ye...(mood tengah excited lagi nih)

you allz ade tak artis kegemaran??
hmm..kegemaran tu mcm tak sesuai sangat.
ok2.
saya tuka.
you allz ade tak jadi die hard fan kepada mana2 artis?
tak kisahlah artis tempatan ke, artis mat salleh ke, artis korea ke, jepun ke, arab ke.
siapakah artis tu??
n apa yang korang buat untuk membuktikan korang ni die hard fanz kepada arits tu??
pernah tak jumpa dengan artis tu?


ok..
dah.
banyak tanya pulak saya nih.

tu sebenarnya muqaddimah kepada entry saya kali ni.
saya memang nak cerita pasal artis yg paling2 saya suka.
sape lagi, kalau bukan AKIM.
n saya rase, kalau you allz pernah baca blog saya nih, mesti you allz dh tau kan??
tak pun,dah nak termuntah tengok entry saya cerita pasal akim.
hehe..
minggu lepas pun saya ada post entry yang saya pergi tengok konsert hotlink akim n tomok.
tapi at that time, tak puas hati sebab tak leh ambik gamba dengan dia.
so, bila saya tahu akim nak datang kelantan lagi hari jumaat nih, saya terus usha pasal konsert tu.
usha punya usha, konsert tu untuk minggu setiausaha.
akim n shahir will perform.
n harga tiket rm 180 n rm 200.
OMG! (terkejut mak, nok!)
tapi saya still rasa nak pergi.
saya try tanya sape2 yang nak join saya,tapi hampa.
tak de sape yang sanggup bayar harga tiket tu semata-mata nak jumpa artis kegemaran diorang.
so, terpaksa la saya pendamkan impian saya ni.
tak de pendam mana pun, tanya jugak sape2 yang nak pergi.
mana tau, ada jugak orang nak temankan.
tapi,sampai hari jumaat tu, memang tak de sape nak pergi.
saya ni sampai tidur tak lena dok pikir nak pergi konsert tu.
then, petang jumaat tu, saya dah macam orang tak betul kat bilik.
nak pergi, tapi xleh pergi sebab xde teman.

tapi akhirnya, saya jumpa gak orang yang nak pergi.
kak sally yang bagitau.
one of fan akim gak.
so,saya pergi beli tiket petang tu n pas maghrib terus masuk ballroom.huhu..
semangat ok.
jumpe 'kawan baru' tu kat situ jugak.hehe
alhamdulillah...
puas hati sangat2 gi konsert ni.
saya leh tengok akim dekat2,leh amek gambar dengan dia, leh mintak otograf ngan die, leh borak2 ngan dia.
happy sangat2!
tak tahu nak cakap camne dah.
rasa macam mimpi jadi kenyataan.

ok,ni some of pics masa konsert tu..
enjoy...


















Thursday, April 21, 2011

meh pakat tengok music video janji nyanyian akim!


salam....

sukenye,sukenye!!!
music video (MV) lagu JANJI dah keluar.
siapa yang dah tengok??
best kan?tapi agak sakit hati gak la part ending tuh.=P
siapa yang belom tengok lagi??
ha..cepat cari kat youtube sekarang.
kalau tak,kamu akan menyesal.haha...
ayat promote habes ni!
boleh dapat royalti ni kalau promote camni.hihi

MV janji ni sebenarnye kesinambungan MV INILAH CINTA.
ha..sape yang xtengok lagi MV INILAH CINTA??
ish..x kan ada lagi yg x tengok kot?
nak kena sekeh kepala ni.hehe.gurau2.


kan dalam MV INILAH CINTA, akim ngorat perempuan yg nama Acha tu kan?
ha..dlm MV JANJI ni si acha n akim ni dah couple la.
tapi pastu...
nak tau pe jadi??
kena tengok sendiri la ye.
hihi..

ok,thanx for reading!

Sunday, April 17, 2011

i met akim (part 2)

salam.

i met akim again!!!!
n this is the 2nd time.
1st time last year.
saya ada post kat entry ni.
kire setahun sekali la saya jumpe artis pujaan hati saya ni.
leh sambut anniversary dah ni..hee~~

actually akim datang perform untuk konsert eksklusif hotlink kat kelantan.
bukan akim sorang la perform.
tomok, black, n shidi pun ada.
sape shidi??
saya pun xkenal sebenarnye.
orang cakap vokalis kumpulan data.
ye la kot..
hihi..

excited sangat2 bila tahu akim nk buat performance kat kelantan.
bangun awal sangat semalam sebab tak beli tiket pun lagi.
nasib baek dapat beli pagi semalam.
pas dah dapat tiket, sempat la bershopping2 dulu.
xplan nak shopping,tapi sekali bila dah masuk parkson, banyak la pulak sale.
rambang mata bila tgk barang2 kat dalam tu.
so,ape lagi.
saya rembat la satu heels.ngeh3..
tapi..yang new arrival.
xde less la.
yang xde less jugak la hati ni berkenan.
sabar je lah.

ok,back to the story.

lepas dah bershopping2,tepat kul 2 petang, saya dah ada dlm ballroom hotel renaissance KB.
get ready for watching the performance.
n their performance sangat2 la best.
tapi satu je yang saya xberapa puas hati.
game banyak buat utk orang laki je..
agak diskriminasi di situ.
ala..game tu bukan suruh joget2 atas stage tu pun.
laki la yang banyak dapat hadiah.
yang paling x puas hati diorang siap dapat handphone tu.
HANDPHONE okey!

at first saya duduk row ke4 cmtu la..tapi paling tepi.
bile artis nak tanya soalan n nak bagi hadiah,dia juz bagi kat orang yang duduk depan.
ini tidak adil!!!!
then,after rest solat asar, saya dengan tidak mengenal erti penat lelah terus mengatur langkah duduk row paling depan.haha...
tak malu gila.
ah...lantak la.
yang penting saya nak hadiah n kalau boleh nak tangkap gambar akim.
tapi...malangnya,akim tak layan pun peminat2 perempuan.
hmm..sedih...
berbeza ngan tomok,ramai gile kot peminat perempuan yang dok jerit2 nama dia n dia memang sporting abes la..
layan je peminat2 tu.
n the best part is bile dia tanye penonton datang dari mane.
saya jerit la datang dari terngganu.
then,dia terus datang dekat saya n tanya saya personally datang dari mana??
saya cakap la terngganu.(walaupun sekarang dok kat kubang kerian..haha)
dia macam terkejut la.dia tanye betul ke??
saya cakap betul la.
pastu baru die percaya.haha
then, bila dia nak tnya soalan kuiz,dia tanye sape nak jawab.
ramai la angkat tangan.saya ni pun punye la bersemangat angkat dari tadi tapi takde sape yang layan.
dan....akhirnya,tomok nampak kesungguhan saya dok angkat tangn ni (agaknya la..haha)
dia pun tanya la soalan kat saya.
nasib baek la boleh jawab.
yeayyyy!!!dapat jugak la hadiah dari hotlink.
tq tomok!!!
(tibe-tibe tersuka kat tomok pulak.)
sape suruh akim tak layan saye nih??haha...
dah.mengarut je saya nih.aishh....











Tuesday, April 12, 2011

"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"

salam.

buat julung-julung kalinye,saya menyertai contest sepanjang berkecimpung dalam dunia pembloggan ni.
huhu..
contest simple je.
macam mana nak masuk contest ni??senang je..

1) Follow blog nih
- DAH FOLLOW!
2) Buat 1 entry anda join contest ni dengan tajuk
"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin" - DAH BUAT!
3) Letak banner picture kat atas kat dlm blog korunk.. x kisah la sidebar ke kat mana ke dan link banner tu ke contest ni - DAH IKUT ARAHAN!(BANNER ADA KAT SIDEBAR.)
4) Gambar tu mesti la ORIGINAL yg korunk punya k.. x leh main ciplak2 org lain punya..ramai2 ke atau sorang2 ke yg penting anda mesti ada dlm gambar tuh, pic korunk boleh dalam bentuk statik atau lain2..tp terhad hanya 1 gambar SAHAJA - DAH IKUT ARAHAN!
5) Tag 4 org rakan anda yg aktif, pastikan mereka tahu merea diTag


and rakan-rakan saya yang bertuah itu ialah:

eppu
najwa
tayeng
hanisah






kalau nk diikutkan, banyak je gambar saya amek pose depan cermin.
tapi contest ni hanya bagi post 1 gambar sahaja.so, terpaksa la mengikut arahan.
pilih punye pilih gambar mana nak letak.
then, i decide nak letak....
gambar......
ni......



jeng, jeng, jeng!




ok x gambar ni??
ada harapan nak menang tak?
haha...
macam tak je..
tapi xpe.
eden torai!

thanx for reading!

Monday, April 11, 2011

last posting in 4th year.lepas tu, cuti sampai bulan 9....


salam.

juz went back from KL after abis exam medical minggu lepas.
bukan pergi berfoya2 ok.
pergi sana sebab mak saya ada kat sana.
dah dekat sebulan ma ada kat sana.
sebabnya ma tak berapa sihat.
n anak2 semua ada kat sana kecuali saya n abg no 4.
so, dia pergi rumah anak2 sebab kalau kat rumah sendiri dah takde orang dah nak tengok-tengokkan ma.
nak harapkan saya, sekali seminggu je la boleh balik kampung.
tapi, bagus gak ma dok KL.
saya boleh pergi sana jumpe abang2,kakak n anak2 sedara saya..
bukan senang nak jumpe semua adik-beradik kalau bukan musim raya.
tapi sekejap sangat gi KL aritu.
yela..saya mana ada cuti.
pergi weekend je la.
takpe, takpe.
habis year 4 ni, ada cuti panjang.
cuti sampai bulan 9.
maksudnya, boleh puasa sebulan kat rumah n raya!!!!!
best giler.
dah lama tak puasa lama kat rumah.

ok.back to the topic.
hari ni 2nd day in PSYCHIATRY posting.
and this is my last posting in 4th year.
even pasni ada lagi satu minor posting (neuroscience) tp ni dah kire kire last la sebab die combine skali.
paham tak apa yang saya merepek ni.tak paham pun takpe.haha

hari ni buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke wad 5U USM.
5u ni wad perempuan.
sebelum masuk wad, kena make sure kita tak masuk bersendirian.
bukannya ape, sebagai langakah persediaan.kalau ada pape jadi kan nayo.
baru je masuk, ada seorang patient yang tersangat la hyper terus ucap selamat datang and salam ngan semua student.
ok,itu baru permulaan.
then, bila dah masuk ada pulak patient yang menjerit-jerit, ada yang cakap dia kenal abang kepada one of the student.
then, mulalah sesi clerk patient.
bukan senang nak cari patient yang nak cooperate bila kita nak clerk diorang nih.
bila dah jumpa seorang patient yang ok, terus cop n clerk.
tenagah clerk that patient tu, datang la seorang lagi patient n tengok one of my chinese collegue.
terus die gi cium rambut n pipi dia.
semua terkejut tengok dia masa tu.
n my chinese collegue tu macam tak tau nak buat apa.
dia juz cakap, OK,OK.dah2!
bukan sekali je tau die gi cium tu.banyak kali ok!
haha...
n bila one of my indian collegue baru sampai, ada pulak patient lain yang terus gi dekat ngan my fren, n tenung dia.
lepas tu cakap, u are beautiful.
your hair is beautiful.
speaking tu...
haha..
tapi yang saya perasan,sape2 yang free hair memang kena la ngan patient kat wad tu.
nasib baek la yang muslim semua pakai tudung.hihi.macam-macam.
lagi satu, kat wad ni tak pernah sunyi.
mesti ada patient yang nyanyi la, bersajak la, menjerit la.
so,kite terpaksa layan kan aje.
n student lelaki pun menjadi mangsa patient2 ni semua.
ada patient yang minat kat student.
siap cakap i love u la.
haha.
baru sekali jumpa terus cakap i love u tuh!
bukan main...

saya cerita semua ni bukan nak mengaibkan mana-mana patient tapi just nak berkongsi pengalaman medical student at psychiatry ward.
gelak,gelak jugak.
tapi jangan terlebih pulak.
jangan sampai buat merka terasa.
n patients semua tu tak mintak jadi macam tu pun, kan?
renung-renungkan,dan selamat beramal!

Saturday, April 2, 2011

beginilah nasibku!

salam.

just came back from ward for on call.
quiet tiring jugak la on call time weekend.
sebab kena cover new admission the whole day.
tambah-tambah kalau banyak new admission.
kalau hari-hari lain, just cover patient yang baru masuk petang sampai pukul 12 tgh malam.
tapi ni memang tak de apa2 sangat la kalau nak dibandingkan kalau on call time H.O (houseman/intern)
sekarang as a student, we only need to clerk n examine the patient.
then,bila M.O. or specialist round, kita kena follow n present the cases.
tapi bila dah jadi H.O. nanti, kita yang kena uruskan semua patient tu.
kita yang kena clerk,examine,take blood,or other things for investigations and manage the patient.
lagi besar tanggungjawab tu!
lagi mencabar!
dan....
lagi penat!
hehe

actually, this is my fifth week in medical.
tinggal seminggu je lagi before we go to psychi!!
which mean, exam pun dah makin dekat.
next week (final week), i will have short case, mcq medical, mcq and seq pharmaco exam.
usm punye sistem memang camni, setiap kali abes satu posting akan ada exam yang dipanggil end of posting assessment.
so, 4th year student akan exam setiap 6 minggu (major posting) atau 3 minggu (minor posting)
argh...
cepat sungguh masa berlalu.
rasa macam nak balik semula 1st week medical sebab nak study dari awal balik.
sekarang ni, dah nak exam baru menyesal sbb banyak lagi tak study and tak tahu.
*teruknya saya..hukhuk*

medical posting best! tapi banyak sangat benda kena baca sebab medical sangat general.
semua penyakit boleh masuk under medical.
dari kencing manis, darah tinggi, stroke, thyroid sampai la ke diabetic foot.
setiap minggu, we will have ward round,2 short cases, 1 long case n seminars.
2 short cases tu pulak, 1 kali kat HUSM, 1 kali kat Hospital Kota Bharu (HKB).
n the best part is bila kena short case dekat HKB.
kenapa best??
sebab kat sana patient banyak findings and tak yah berebut dengan student untuk examine patient.
lagi satu, doctor2 yang mengajar kat sana pun best.
tapi ada gak doctor yang agak menggerunkan semua orang (DR 'D'-bukan nama sebenar)
setiap minggu akan ada satu kumpulan kena dengan DR. D.
semua akan resah,berdebar,tak tidur malam sebelum tu, tak lalu makan kalau grup kite kena dengan that dr.
sebabnya, dr tu sangat2 particular and garang tahap petala kelapan!
semua benda tak kena di mata dia.
even benda tu betul, tetap salah di mata dia.
apatah lagi kalau kita memang buat salah.
sah-sah kepala kita nak digantungnya ke kipas siling.huhu
jadi, sebelum gi kelas dia, semua kena prepare physically and mentally takut-takut kena heart attack!haha.
semua orang yang pernah ada kelas ngan dia je tau macam mane perasaan masa tu.
tapi, sesape yang x pernah ada kelas dengan dia, anda teramatlah rugi .
sebab korang tak kan rasa perasaan yang kami rasa tu.
paham tak??
kalau tak paham, abaikan je la,ok?
haha
tapi.. semua tu asam garam la kan?
terima je la.
nak buat macam mana.
lain orang lain ragam.
tak kan semua doctor nak berlembut je kan??
(saja nak sedapkan hati)

ok lah.
need to stop.
nama pun nak exam.
kena la ngadap buku pulak.
bye!