bertemu kita dalam rancangan manisnya kurma ini!!
hari ini saya nak bincangkan tentang perkara-perkara yag selalu menjadi persoalan dalam mengerjakan solat terutamanya untuk muslimat.
1) telekung yang dipakai haruslah menutup bawah dagu. lagipun telekung yang kita pakai dah memang sedia ada bahagian khas utk cover bawah dagu kita. tu bukan saja-saja nak letak okey! mostly ramai yang pakai telekung tapi dagu still tak tertutup. contohnya dalam drama2 tv tuh.pelakon2 tu bukan maen pakai telekung tapi dagu terbukak semua!
2) apabila mengangkat takbiratul ihram, kedua-dua tapak tangan perlu dihadapkan ke arah kiblat sebetul-betulnya.(pelik je bunyi ayat nih
.tapi faham kan??maksudnya, takleh la nak belok-belok.)
3) semasa tengah berdiri (membaca al-fatihah), tangan perlu diletak di antara dada dan bawah pusat. maksudnya tidak terlalu atas dan tidak terlalu bawah.
4) semasa sujud, anggota yang perlu dilekapkan di atas s
ejadah tanpa sebarang lapik (seumpama telekung) hanyalah dahi. ini untuk muslimat. lain bagi muslimin, mereka perlu melekapkan dahi, tapak tangan. ini saya dengar dalam rancangan di tv al-hijrah. tapi ada jugak saya dengar, bagi muslimat kedua tapak tangan juga perlu dilekapkan ke sejadah tanpa sebarang lapik. wallahuallam.
5) semasa sujud juga, jari-jari kaki kita perlu diambil perhatian. ramai yang ambil ringan perkara ni. adalah salah jika kita sujud dengan tapak kaki dan jari-jari kaki kita betul 90 darjah berdiri tegak macam tu. sepatutnya, jari-jari kaki kita perlulah dibengkokkan sehingga perut jari-jari kaki kita bersentuhan dengan sejadah.
6) semasa sujud juga, bagi muslimat, kita perlu merapatkan tangan kita ke badan. maksudnya, kita perlu merapatkan kedua-dua belah ketiak dan bah
agian lengan ke badan sehingga tiada ruang di antaranya.
okey lah,itu saja yang boleh saya share kali ni. kalau ada salah silap,sila tegur ya.
semoga berjumpa lagi di lain siaran rancangan manisnya kurma ini..
nasib baik tak semput..hehe...
bye!
No comments:
Post a Comment