klik-klik!

Friday, February 25, 2011

saya dah bau nasi minyak!


teaser...

gambar salah satu hantaran abang saya esok.

i really love the handbag.

simple but nice.

sesuai la untuk orang yang berjiwa muda remaja macam i.hihi...

yela,bakal kakak ipar saya tu umur lebih kurang saya je.


n,hopefully esok berjalan dengan lancar...

Wednesday, February 16, 2011

jangan korek telinga!!

salam...

entry kali ini agak geli sikit.
dan kepada sesiapa yang berasa diri anda kurang gemar perkara yang meloyakan tekak anda, sila jangan teruskan bacaan anda..
tak de la..
tak geli mana pun.
teruskan2!

saya sekarang tengah posting ORL.
apa kebenda ORL tu???
ORL stands for OTORHINOLARYNGOLOGY atau apabila ditranslatekan ke BM, telinga,hidung dan tekak.
in this posting, memang kena biasakan diri tengok segala benda yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak.
kat klinik memang akan tengok segala endoscopy yang digunakan untuk check the inner part of telinga,hidung dan tekak.
so, mata ni dah lali tengok tahi telinga,tahi hidung dan segala jenis lendir-lendir...

n sepanjang posting ni jugak memang banyak procedure removal of ear wax.
macam best je dengar nama procedure tu kan.
tapi kalau ditranslatekan ke BM jadi pembuangan tahi telinga.
yewww....haha

saya sebenarnya nak cerita kenapa kes-kes as simple as buang tahi telinga pun sampai kena jumpa doctor untuk doctor tolong buangkan their waste.
n kenapa sampai ada kulat tumbuh dalam telinga??
macam tak de tempat laen kulat nak tumbuh pulak.
kenapa??

sebabnya senang je.
korek telinga!!!
i am very sure that most of u korek telinga guna cotton bud kan??
how often do u korek ur telinga with cotton bud??
apa rasa masa korek telinga tu??
best ke??
haha..

actually, istilah korek telinga yang kita dok selalu guna tu misnomer.
nama tu x seswai.
korek ni mestila kita masukkan something untuk keluarkan sesuatu benda tu kan??
but what we did masa korek telinga??
kita masukkan cotton bud ke dalam telinga n keluarkan balik a little waste kan??
but the waste is only a few percents from tahi telinga yang sepatutnya disingkirkan dari telinga kita.
ALLAH dah cipta telinga kita dengan sempurna.
telinga kita ada majlis daerah atau majlis perbandaran dia sendiri yang boleh singkirkan segala macam waste.
it's kinda machine yang bergerak keluarkan beg passenger flight kat airport tu.(apa ntah nama benda tu..haha)
so,tahi telinga kita akan bergerak ke luar telinga dengan sendirinya.
lagipun dalam telinga kita ada bulu-bulu roma.
this bulu la yang tolong keluarkan tahi telinga ni.
kita juz perlu bersihkan luar telinga kita tu je.that's it.enough!

bila kita introduce cotton bud ke dalam telinga, that cotton bud memaksa tahi telinga tu patah balik ke dalam telinga.
sedangkan telinga kita dah bekerja keras nak keluarkan the waste.
kita pulak suka-suka hati tolak balik ke dalam dengan cotton bud.
n bila kita dah selalu sangat korek dengan cotton bud, bulu-bulu kat dalam telinga pun dah 'deforestation'.
n makin lama that waste makin berat, n telinga dah x berdaya nak tolak untuk keluarkannya.
ni la akan menyebabkan macam-macam masalah kepada telinga.

ok.
faham tak???
panjang lebar saya explain ni.
kalau ta paham jugak tak tahu lah.haha

hmm..sebenarnya saya sendiri pun korek telinga guna cotton bud.
dah menjadi kebiasaan sejak kecik lagi.
tapi bila dah masuk ORL ni, baru tahu bahaya korek telinga.
sampai sekarang dah tak berani nak korek telinga.

tapi mesti korang akan tanya,
kalau gatal or tak tahan jugak nak korek macam mana???

senang je!!
anda semua boleh gunakan jari kelingking anda untuk korek.
tp jari kelingking pun sebanarnya x muat nak masuk lubang telinga tu.
jari kelingking hanya ngam-ngam sampai pintu masuk lubang telinga tapi tak boleh sampai dalam lubang.
sebab tu boleh nak gunakan jari kelingking.

n kalau u all nak bersihkan telinga, juz use ur towel.
after madi tu kan,guna towel untuk lap bahagian luar telinga tu.
itu sudah memadai untuk kebersihan telinga anda.

ok.

renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Tuesday, February 15, 2011

seperti ku jangka

sekali lagi ku lalui jalanan sepi
yang cukup diri ini kenali
ku sangka dia yang ku cari telah ku jumpa
namun dia yang menghancurkan jiwa

cukuplah sudah hatiku dilanda duka
cukuplah sudah segala sengsara
dan aku tak mahu lagi dibelenggu rindu
kerna ia akhirnya membunuhku

seperti yang ku jangka terjadi
tewas sekali lagi
menambahkan luka yang sudah ada
seperti yang ku jangka terjadi
cinta datang dan pergi
mungkin takdir ku hidup menyendiri

harapan terakhir ku rupanya sama saja
dengan yang terdahulu darinya
biarkan aku hidup tanpa belaian cinta
biar semua tahu ku kecewa

yang pasti setiap malam ku imbas kembali
kenangan indah menyentuh hati
yang pasti itu saja yang mampu ku miliki
mungkin sepanjang hayat ku bermimpi

Saturday, February 12, 2011

i miss him

salam.

i miss abah.

since abah pergi, hidup rasa sangat tak lengkap.



al-fatihah.

Wednesday, February 9, 2011

berkhidmat untuk masyarakat

salam.

last 2 weeks, saya n my group mates pergi ke kg. chetok, pasir mas untuk buat community eye service kat sana.
kami pergi check mata orang kampung kat sana.
yela..haritu kami tengah posting oftalmology.

sambutan pada hari tu pun not bad.
happy sangat-sangat hari tu sebab boleh berkhidmat untuk masyarakat.
cewah...
haha..
ok la..
jom layan gambar-gambar yang diambil sepanjang community eye service tu..








Tuesday, February 8, 2011

jom kita berkenalan!(part 2)

salam...

ni sambungan dari entri yang lepas.

mak saya pernah cerita yang masa kecik-kecik dulu saya masuk tadika awal.
umur 4 tahun dah semangat nak masuk tadika.
bajet budak rajin laa...
berkobar-kobar nak menuntut ilmu..haha

sebenarnya,ada kisah di sebalik tu.
sehari sebelum saya masuk tadika, saya dengan mak saya jalan kaki pergi pasar.
dalam perjalanan balik tu, mak saya lalu shortcut.
shotcut tu kena lalu satu tadika.
masa lalu tadika tu, saya tengok ramai sangat budak-budak sebaya saya dalam tu.
dan saya macam excited sangat nak join diorang.
masa tu saya tanya mak, "apa nama tempat ni. macam best je."
mak saya jawab la "tadika. sekolah untuk budak-budak."
saya tabya mak saya balik "boleh tak aini nak gi tadika?"
mak saya jawab " hari ni tak boleh.sebab dah lewat.orang dah nak balik.esok pagi boleh la.."

dialog di atas hanya rekaan semata-mata.mana la saya ingat apa yang saya cakap dengan mak saya masa tu.tapi lebih kurang cenggitu la conversation antara saya dan mak saya.

keesokan harinya, saya punya la bangun awal, mandi dan pakai lawa-lawa *eceh* bersiap-siap nak gi tadika.
mak tanya nak gi mana sebab awal-awal pagi dah bersiap bagai.
saya jawab nak gi tadika.
mak saya terkejut la sebab dia main-main je cakap saya boleh pergi sekolah esok.tapi anak dia ni pulak lurus bendul.percaya sebijik-sebijik apa yang dikatakan oleh mak nya.
mak saya pun terpaksa la melambat-lambatkan saya untuk pergi tadika.
mak cakap tunggu dulu.
dia nak masak sarapan.
sebelum gi tadika kena makan dulu.
saya ok je.
tapi sebab mak saya dok dapur lama sangat, saya terus lari dari rumah.
jalan kaki sorang-sorang gi tadika tu.
betol ni.
tak tipu.
serius!
tapi saya tak ingat sangat la pasal benda ni.
mak saya yang cakap bila dia dah siap masak, saya dah hilang.
cari satu rumah pun tak jumpa.
mak saya punya la panik.
nasib baik mak saya terus pergi tadika tu cari saya kat sana.
bile mak saya sampai sana, dia tanya cikgu tadika ada tak budak perempuan yang bukan pelajar tadika tu datang tadika ni?
cikgu cakap tak de.
tapi tiba-tiba ada suara yang jerit panggil mak saya.
"ma!aini kat sini!"
masa tu,saya dok betul-betul dalam kumpulan pelajar tadika tu sampai cikgu pun tak perasan.
haha..
semangat betul saya nak belajar dulu kan??haha..
tapi lepas hari tu, saya terus jadi pelajar tadika tu..
heeee~~~
kira masuk tadika umur 4 tahun la.
awal jugak la tu kan??

ok la.
tu je nak cerita.

bye!

thanx for reading this entry.

Sunday, February 6, 2011

special thanx to my friend

salam.

my blog has new header!!!
heee~~~
happy sesangat.
actually dah 2 minggu lebih dah tukar header baru.
tapi tak sempat nak update pasal ni.

special thanx to my friend, ziha.
dia yang tolong saya buatkan header ni.
nak harapkan saya buat header sendiri,haremm...huhu
saya mana la pandai bab-bab cenggini.

ni antara contoh2 header yang dia buatkan untuk saya..











semua comel.
tp yang paling saya suka yang last sekali.
thanx skali lagi kat ziha..
laen kali boleh tolong buatkan lagi eh..hehe..