klik-klik!

Wednesday, February 16, 2011

jangan korek telinga!!

salam...

entry kali ini agak geli sikit.
dan kepada sesiapa yang berasa diri anda kurang gemar perkara yang meloyakan tekak anda, sila jangan teruskan bacaan anda..
tak de la..
tak geli mana pun.
teruskan2!

saya sekarang tengah posting ORL.
apa kebenda ORL tu???
ORL stands for OTORHINOLARYNGOLOGY atau apabila ditranslatekan ke BM, telinga,hidung dan tekak.
in this posting, memang kena biasakan diri tengok segala benda yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak.
kat klinik memang akan tengok segala endoscopy yang digunakan untuk check the inner part of telinga,hidung dan tekak.
so, mata ni dah lali tengok tahi telinga,tahi hidung dan segala jenis lendir-lendir...

n sepanjang posting ni jugak memang banyak procedure removal of ear wax.
macam best je dengar nama procedure tu kan.
tapi kalau ditranslatekan ke BM jadi pembuangan tahi telinga.
yewww....haha

saya sebenarnya nak cerita kenapa kes-kes as simple as buang tahi telinga pun sampai kena jumpa doctor untuk doctor tolong buangkan their waste.
n kenapa sampai ada kulat tumbuh dalam telinga??
macam tak de tempat laen kulat nak tumbuh pulak.
kenapa??

sebabnya senang je.
korek telinga!!!
i am very sure that most of u korek telinga guna cotton bud kan??
how often do u korek ur telinga with cotton bud??
apa rasa masa korek telinga tu??
best ke??
haha..

actually, istilah korek telinga yang kita dok selalu guna tu misnomer.
nama tu x seswai.
korek ni mestila kita masukkan something untuk keluarkan sesuatu benda tu kan??
but what we did masa korek telinga??
kita masukkan cotton bud ke dalam telinga n keluarkan balik a little waste kan??
but the waste is only a few percents from tahi telinga yang sepatutnya disingkirkan dari telinga kita.
ALLAH dah cipta telinga kita dengan sempurna.
telinga kita ada majlis daerah atau majlis perbandaran dia sendiri yang boleh singkirkan segala macam waste.
it's kinda machine yang bergerak keluarkan beg passenger flight kat airport tu.(apa ntah nama benda tu..haha)
so,tahi telinga kita akan bergerak ke luar telinga dengan sendirinya.
lagipun dalam telinga kita ada bulu-bulu roma.
this bulu la yang tolong keluarkan tahi telinga ni.
kita juz perlu bersihkan luar telinga kita tu je.that's it.enough!

bila kita introduce cotton bud ke dalam telinga, that cotton bud memaksa tahi telinga tu patah balik ke dalam telinga.
sedangkan telinga kita dah bekerja keras nak keluarkan the waste.
kita pulak suka-suka hati tolak balik ke dalam dengan cotton bud.
n bila kita dah selalu sangat korek dengan cotton bud, bulu-bulu kat dalam telinga pun dah 'deforestation'.
n makin lama that waste makin berat, n telinga dah x berdaya nak tolak untuk keluarkannya.
ni la akan menyebabkan macam-macam masalah kepada telinga.

ok.
faham tak???
panjang lebar saya explain ni.
kalau ta paham jugak tak tahu lah.haha

hmm..sebenarnya saya sendiri pun korek telinga guna cotton bud.
dah menjadi kebiasaan sejak kecik lagi.
tapi bila dah masuk ORL ni, baru tahu bahaya korek telinga.
sampai sekarang dah tak berani nak korek telinga.

tapi mesti korang akan tanya,
kalau gatal or tak tahan jugak nak korek macam mana???

senang je!!
anda semua boleh gunakan jari kelingking anda untuk korek.
tp jari kelingking pun sebanarnya x muat nak masuk lubang telinga tu.
jari kelingking hanya ngam-ngam sampai pintu masuk lubang telinga tapi tak boleh sampai dalam lubang.
sebab tu boleh nak gunakan jari kelingking.

n kalau u all nak bersihkan telinga, juz use ur towel.
after madi tu kan,guna towel untuk lap bahagian luar telinga tu.
itu sudah memadai untuk kebersihan telinga anda.

ok.

renung-renungkan dan selamat beramal!!!

2 comments:

  1. haha. nice sharing! sgt informative utk orang yg xblaja bnde2 ni. ye la, mana la kite taw as simple as gune cotton bud tu boleh lead to all problems. paling suke term deforestation tu. macam dasat je. hehe. teruskan tules entry gini ye aini! :D

    ReplyDelete
  2. hehe...insya ALLAH ore post camni lg klu ada idea.huhu

    ReplyDelete