salam.
weekend di universiti teramatlah bosan.
tak tahu nak buat apa.
rase gatal tangan nak update blog.
tapi x tahu nak post pasal apa.
apa kata saya cerita pasal saya je la.
sepanjang buat blog ni, tak pernah lagi saya memperkenalkan diri siapa cik empunya blog ini.
OK.
jom kita berkenalan!
SIAPA INYZAKARIA?
nama saya NOR AINI BINTI ZAKARIA.
orang panggil saya aini.
tapi untuk tulis nama saya, saya lagi prefer tulis iny.
iny atau i-ny.
sama la sebutannya dengan aini.
untuk blog ni pun saya gunakan inyzakaria.blogspot.com sebab saya gabungkan nama panggilan saya dengan nama ayah saya.
saya asal dari kampung raja, besut, terengganu.
saya ni boleh dikatakan orang pure besut.
sebabnya mak ayah saya pun memang asal besut.
rumah nenek dan atuk saya memang dekat je la dengan rumah saya.
KELUARGA SAYA:
saya lahir dalam keluarga yang besar.
saya anak bongsu daripada 9 orang adik beradik.
saya ada 7 orang abang dan 1 orang kakak.
5 orang adik beradik saya dah kawin.
dan buat masa sekarang, saya ada 22 orang anak saudara.
ramai kan??
time raya, bila semua orang balik, memang penuh la rumah saya.
tak cukup bilik.
tapi meriah sangat2!
semua adik beradik saya dah kerja.
saya je yang masih belajar.
PENGAJIAN:
masa kecik-kecik dulu saya sangat rajin.
umur 4 tahun pun dah masuk tadika.
TADIKA KEMAS KG. RAJA.
ni semua ada kenangan tersendiri macam mana saya boleh masuk tadika masa umur 4 tahun.
lain kali saya cerita pasal ni, ok?
lepastu, saya sekolah kat SEK. KEB. TENGKU MAHMUD (dari darjah 1 sampai darjah 6)
lepastu, masuk MRSM JELI dari form 1 sampai form 3
lepastu, masuk MRSM Pengkalan Chepa dari form 4 sampai form 5.
then, matrix kat KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KMNS) setahun.
sekarang, saya belajar di USM KAMPUS KESIHATAN, KELANTAN.
HOBI:
dulu masa kecik-kecik, saya suka baca buku.
tapi bukan buku sekolah la.tehee~~
novel penyiasatan.kawan.majalah asuh.dan seangkatan dengannya.
tapi bila dah masuk sekolah menengah, saya suka kumpul lirik lagu.
banyak la buku-buku yang dah saya tulis lirik lagu.
bukan lirik yang saya tulis sendiri tau.
lirik lagu artis la.
saya suka dengar lagu dan tulis lirik-lirik tu dalam buku.
selain tu, suka menyanyi.
even suara sumbang.hahaha.
tak tahulah kenapa.
saya tak boleh hidup tanpa dengar lagu.
selain tu, saya sangat suka shopping dan hang out with my friends.
and hobi terbaru saya sekarang, mestilah blogging.hehe.
ha..
lagi satu.
saya peminat setia AKIM AF7.
hehe..
ok.
apa lagi eh nak cerita?
macam dah banyak je.
cukup la kot.
kalau nak berkenalan lebih lanjut,sila hubungi terus ke nombor 017-1234567.hehe..
thanx for reading!
No comments:
Post a Comment