klik-klik!

Friday, July 15, 2011

wanita dan make-up...eh,saya masih remaja..so, remaja dan make-up.

salam..

who loves make-up??
i bet most of remaja-remaja perempuan, anak-anak dara, mak-mak dara love make-up.
ke ada jugak lelaki yang suka??hehe..itu i tak nak masuk campur..

honestly, saya dari kecik suka tengok orang make up n suke make up.
suka curi-curi pakai lipstick mak or kakak n bajet cun depan cermin sambil muncung-muncung mulut.(ingat angelina jolie ape??)
tapi bile dah besar sikit, dah masuk sekolah, saya dah kurang minat make up nih.
even nak pakai bedak tabur kat muka tu pun malas.
tapi bile dah kena berleter dengan mak cakap anak india mana la gi sekolah, baru la tepek sikit bedak kat muka.

tapi bila dah masuk golongan remaja ni, saya mula minat balik make up.
suka sangat tengok orang make up.
suka belajar n try, tapi bila pakai kat diri sendiri, rasa macam apa kes aku ni??
buruk bebenor.
tapi disebabkan suka make up, saya selalu beli barang-barang make up.
tapi, pakai jarang-jarang.
sebabnya saya tak reti make up.
but some of the basic make up saya pakai la sekarang.
especially after satu insiden ni.

insiden ni berlaku kat ward.
ada seorang ibu patient (umur dalam 30-an) menegur kawan saya, "akak pelik la tengok awak dan kawan-kawan awak ni.."
"kenapa kak??apa yang pelik?"
"apsal semua muka pucat,lesu je..tak pakai gincu ke??bukan setakat student je, doctor sendiri pun sama."
"erk,ye ke kak??hmm..ntahla..hehe.kalau nurse tu rajin la kot melawa nih.=)"

bila fikir-fikir balik,betul jugak cakap akak tu.
muka sorang-sorang mata sembab,tak cukup tido.(saya terkecuali sebab saya terlebih tido..hehe)
takde pun student yang melawa pergi round hari-hari.
asal pakai bedak tu pun dah kire ok.
tak de masa kot nak tepek macam-macam kat muka.

walau macam mana pun, permpuan tetap perempuan.
n saya pasti setiap perempuan akan ada keperluan make up yang asas sekurang-kurangnya seperti bedak or lip balm.
ok lah, saya nak share some of my basic make up yang saya paling suke sekarang ni...

1) foundation from simply siti.

saya suka this foundation sebab die kurang berminyak, sekata bile pakai, n wangi.


2) compact powder from majorlica majorca

saya jenis yang tak suka sangat pakai compact powder.but since try this one, saya dah suka compact powder. it blends well with the skin tone and cover the pores.


3) lipstick from elianto
i love this lipstick so much...
sebabnye die sangat moist, ringan and banyak pilihan warna yang natural.sesuai untuk gadis-gadis remaja.haha..

tu antara my basic make up yang saya guna..
what about u girlz??












Sunday, July 10, 2011

anda semua kena, mesti, harus tengok cerita ni..

salam..

apa drama TV yang korang suka layan sekarang ni??
tahun lepas semua dok layan nur kasih kan??
sekarang ni baru habis usim nora elena.
apa lagi eh cerita yang korang layan??
tak termasuk drama sinetron indon la.
kemon la...sinetron-sinetron indon ni bukan main berlambak lagi sekarang kat tv.
boleh kata 2,3 channel dalam satu masa tayangkan sinetron indon.
sampai naik muak mak!

sekarang ni, ada satu cerita yang baek punya yang saya nak promote.
cerita JUVANA.
cerita ni ada setiap ISNIN, 9 malam di TV3.
actually, saya tak layan cerita ni awal-awal.
so, saya dah miss la episod awal-awal tu.
tapi masa cuti hari tu, my nieces yang promote saya cerita ni.
n bila dah tengok, macam best pulak.
terus addicted.
setiap minggu memang tertunggu-tunggu cerita ni.
nasib baek ada tonton.com.my.
boleh la saya layan episod awal cerita ni.
cerita ni pasal kehidupan students kat sekolah juvana (macam henry gurney) yang dah buat jenayah sebelum ni.
setiap student ada kisah masing-masing.
kisah di sebalik jenayah yang diorang lakukan.
sape2 yang belum tengok cerita ni, u olls boleh tengok malam ni okey...



salam..

Saturday, July 9, 2011

manisnya kurma ini!


salam...

bertemu kita dalam rancangan manisnya kurma ini!!




hari ini saya nak bincangkan tentang perkara-perkara yag selalu menjadi persoalan dalam mengerjakan solat terutamanya untuk muslimat.

1) telekung yang dipakai haruslah menutup bawah dagu. lagipun telekung yang kita pakai dah memang sedia ada bahagian khas utk cover bawah dagu kita. tu bukan saja-saja nak letak okey! mostly ramai yang pakai telekung tapi dagu still tak tertutup. contohnya dalam drama2 tv tuh.pelakon2 tu bukan maen pakai telekung tapi dagu terbukak semua!

2) apabila mengangkat takbiratul ihram, kedua-dua tapak tangan perlu dihadapkan ke arah kiblat sebetul-betulnya.(pelik je bunyi ayat nih
.tapi faham kan??maksudnya, takleh la nak belok-belok.)

3) semasa tengah berdiri (membaca al-fatihah), tangan perlu diletak di antara dada dan bawah pusat. maksudnya tidak terlalu atas dan tidak terlalu bawah.

4) semasa sujud, anggota yang perlu dilekapkan di atas s
ejadah tanpa sebarang lapik (seumpama telekung) hanyalah dahi. ini untuk muslimat. lain bagi muslimin, mereka perlu melekapkan dahi, tapak tangan. ini saya dengar dalam rancangan di tv al-hijrah. tapi ada jugak saya dengar, bagi muslimat kedua tapak tangan juga perlu dilekapkan ke sejadah tanpa sebarang lapik. wallahuallam.

5) semasa sujud juga, jari-jari kaki kita perlu diambil perhatian. ramai yang ambil ringan perkara ni. adalah salah jika kita sujud dengan tapak kaki dan jari-jari kaki kita betul 90 darjah berdiri tegak macam tu. sepatutnya, jari-jari kaki kita perlulah dibengkokkan sehingga perut jari-jari kaki kita bersentuhan dengan sejadah.

6) semasa sujud juga, bagi muslimat, kita perlu merapatkan tangan kita ke badan. maksudnya, kita perlu merapatkan kedua-dua belah ketiak dan bah
agian lengan ke badan sehingga tiada ruang di antaranya.



okey lah,itu saja yang boleh saya share kali ni. kalau ada salah silap,sila tegur ya.
semoga berjumpa lagi di lain siaran rancangan manisnya kurma ini..
nasib baik tak semput..hehe...

bye!

Thursday, July 7, 2011

sedap gilerr.....tapi sedap takde la sampai jadi gile.




salam...

yeehhaaa....
i'm on holiday....
cuti panjang pulak tuh..
cuti sampai raya..
hepi betol dapat cuti lama-lama nih.
ye la..bukan senang medic school ni nak bagi cuti pa
njang-panjang.
even tak de plan nak gi vacation mana-mana, i tak kesah...
dok rumah je pun okey...
rumahku syurgaku...hehe

lagipun sekarang ni musim buah.
macam-macam buah ada kat rumah.
rambutan,manggis,mangga,durian..
ah....nikmat betol hidup kat malaysia ni..
alhamdulillah...

n one more thing yang saya memang suka sangat2 makan sekarang ni....
jeng,jeng,jeng...
...
...
...
...
...
...
ice cream berry strawberry gold walls...
sedap gilerr ice cream nih...
dahla ada stroberi dalam tuh..memang best!
sape yg belum try,cepat beli sekarang..hehe.

bye..
nak layan cerita nora elena.
ketinggalan betol saya ni kan??
daa~~~