klik-klik!

Monday, March 28, 2011

di kala kebosanan

salam...

lama dah xupdate blog.
x de mood nak menulis.
ade mood nak berjalan2 je sekarang ni.
kali ni juz nk tempek gambar.
gambar mase saya keluar with my frenz....
plus celebrating my roomates's birthday.

HEPI BESDAY to my roomate.
may ALLAH bless u.






she's exposing her scandal.tapi saya x bagi expose to the whole world.takut nanti u all pengsan!

Thursday, March 24, 2011

saya bangga menjadi ex-MRSMPCian!

salam.

result SPM 2010 dah keluar secara rasminya semalam.
n result tahun ni adalah yang terbaik sejak tahun 2006.

seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

dan MRSM PC menjadi MRSM terbaik apabila berada di ranking pertama antara semua MRSM seMalaysia.
tahniah!!!!
dah lama rasanya MRSM PC tak dapat ranking no 1.
tahniah kepada semua pelajar MRSM PC yang berjaya dalam SPM dan tahniah jugak kepada semua cikgu-cikgu yang bertungkus-lumus mengajar.
n hopefully, pencapaian ni berterusan hingga ke tahun-tahun yang seterusnya.

even saya dah 6 tahun meningalkan MRSM PC,
SPM tahun 2005,(dah tua rupanye aku ni)
i'm proud with MRSM PC's achievement!
n i'm proud to be MRSM PC ian....

hidup MRSM PC!!
rindu pulak kat MRSM n kawan2.
kawan2,bile nak wat reunion nih???

Monday, March 21, 2011

selamat tinggal

salam.

sape dah dengar lagu dina feat zizan tajuk selamat tinggal??
tak dengar lagi??
sila lah dengar ye.
best tau!
hebat jugak si zizan ni rap.
dah bleh jadi penyanyi profesional ni.

kalau dah dengar, bagus!!
tapi....
dah tengok MV lagu ni ke belum???
tak??
rugi nya..
cepat tengok sekarang!
best sangat2!
sweet.
budak2 yang berlakon tu comel teramat n jalan cerita yang sangat romantik tp ending die sedih.

tapi, overall,
i like!!!

jom layan lirik lagu ni...

SELAMAT TINGGAL - DINA FEAT ZIZAN

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji
Mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal



thanx for reading!

Thursday, March 17, 2011

jelesnye tengok orang kawin!!

salam..

entry kali ni ada kena mengena ngan entry saya sebelum ni.
klik sini kalau nak baca entry tu.

abang saya baru je kawin baru-baru ni.
bukan main bahagia nampak dia sekarang.
masih dalam mood pengantin baru or should i say berbulan madu.
even dia tak pergi mana-mana pun untuk honey moon sebab dua-dua tak dapat cuti.

lepas dah kawin ni,FB diorang tersangat la update dengan kisah2 hot n spicy!
antara post diorang kat FB:

1) beberapa minit lepas akad nikah :
the bride : aku kini sudah bergelar isteri..;)
the groom: aku kini sudah bergelar suami...;)

2) FB post after beberapa hari kawin
the groom: rasa haus pulak tekak ni.rasa macam nak minum air teh stroberi.
the bride: berlari ke dapur menyediakan teh stroberi.

3) other FB post
the bride : Suami isteri sdg ber FB...mmm...bila nak ada org ketiga ye? Xsabarnye.....wink2...:)

4) lagi
the groom: Ayang.... Tekak rase cam nk minun teh stlobeli je.. Mmmm
the bride : terus berlari buat air...

5) dan lagi
the bride: Teman hubby kat tournament futsal TM...mcm boring je...huhu..
P/s: hubby jgn marah ye..haha

the groom: Berani ckp buhsan.. Huh..Td sape yg nk ikut? Haha..

6) dan lagi
the bride : Menu mlm ni utk hubby "makaroni sambal ala n.9 ".. Hehe...hubby kena biasakan mknan n.9 ye...hehe
the groom: Erk, alhamdulillah... Sedapnye ayang masak.

7) dan banyak lagi
the bride : Ayooooo...dr tadi sports...bila nak dpt tgk drama ni??? Huh
the groom: (silence)


sweet kan????

ni rasa macam nak kawin jugak nih....(mood gedik)

ok,bye!

Sunday, March 6, 2011

TRAUMA

salam

2nd week in medical posting.
rasa semakin best tapi stil banyak benda yang tak tahu.

hari ni, doctor suruh buat ESR (erythrocyte sedimentation rate)
excited bukan main lagi sebab dah lama tak ambik blood patient.
bile dah approach patient, die cakap pagi tadi dah ambik darh.
nak buat apa lagi ni??
ok, jap.
bila tanya H.O., memang betul dr dah ambik blood pagi tadi.
sekarang just kena ambik blood untuk ESR.
ok, fine.

patient agreed.
tapi bile nak insert needle,patient dah berkerut tahan sakit.
haih..jarum tak masuk pun lagi ni.

bila dah masuk jarum, blood x flow pun lagi, patient cakap sakit n menangis
menangis OK!
terkejut gila bila tengok dia menangis.
saya dah tak tau nak buat macam mana,
so saya terus tarik balik needle.
tapi dia still tak berhenti menangis...

aiyooo..
apa sudah saya buat kat dia???
sakit sangat ke??
ampun kak!!!
selama ni tak de pulak patient yang menangis.
lama jugak dia menangis tadi.
nasib baik tak menjerit cakap sakit.
kalau tak, mahu GLAMOUR saya satu ward.
cuak gila saya tadi...
takut!!!
trauma tengok muka kakak tu..


hopefully die OK je lepas ni...
n hopefully saya boleh take blood dengan jayanya tanpa orang menagis..hihi...=)

Tuesday, March 1, 2011

sudah berpunya, OK!

26022011

tarikh paling bermakna dalam hidup abang saya bila dia officially bergelar suami.
congratz bro!!!
selamat pengantin baru.
semoga bahagia hingga akhir ayat...