klik-klik!

Saturday, January 22, 2011

jom kita berkenalan

salam.

weekend di universiti teramatlah bosan.
tak tahu nak buat apa.
rase gatal tangan nak update blog.
tapi x tahu nak post pasal apa.

apa kata saya cerita pasal saya je la.
sepanjang buat blog ni, tak pernah lagi saya memperkenalkan diri siapa cik empunya blog ini.

OK.
jom kita berkenalan!


SIAPA INYZAKARIA?

nama saya NOR AINI BINTI ZAKARIA.
orang panggil saya aini.
tapi untuk tulis nama saya, saya lagi prefer tulis iny.
iny atau i-ny.
sama la sebutannya dengan aini.
untuk blog ni pun saya gunakan inyzakaria.blogspot.com sebab saya gabungkan nama panggilan saya dengan nama ayah saya.
saya asal dari kampung raja, besut, terengganu.
saya ni boleh dikatakan orang pure besut.
sebabnya mak ayah saya pun memang asal besut.
rumah nenek dan atuk saya memang dekat je la dengan rumah saya.

KELUARGA SAYA:

saya lahir dalam keluarga yang besar.
saya anak bongsu daripada 9 orang adik beradik.
saya ada 7 orang abang dan 1 orang kakak.
5 orang adik beradik saya dah kawin.
dan buat masa sekarang, saya ada 22 orang anak saudara.
ramai kan??
time raya, bila semua orang balik, memang penuh la rumah saya.
tak cukup bilik.
tapi meriah sangat2!
semua adik beradik saya dah kerja.
saya je yang masih belajar.

PENGAJIAN:

masa kecik-kecik dulu saya sangat rajin.
umur 4 tahun pun dah masuk tadika.
TADIKA KEMAS KG. RAJA.
ni semua ada kenangan tersendiri macam mana saya boleh masuk tadika masa umur 4 tahun.
lain kali saya cerita pasal ni, ok?
lepastu, saya sekolah kat SEK. KEB. TENGKU MAHMUD (dari darjah 1 sampai darjah 6)
lepastu, masuk MRSM JELI dari form 1 sampai form 3
lepastu, masuk MRSM Pengkalan Chepa dari form 4 sampai form 5.
then, matrix kat KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KMNS) setahun.
sekarang, saya belajar di USM KAMPUS KESIHATAN, KELANTAN.

HOBI:

dulu masa kecik-kecik, saya suka baca buku.
tapi bukan buku sekolah la.tehee~~
novel penyiasatan.kawan.majalah asuh.dan seangkatan dengannya.
tapi bila dah masuk sekolah menengah, saya suka kumpul lirik lagu.
banyak la buku-buku yang dah saya tulis lirik lagu.
bukan lirik yang saya tulis sendiri tau.
lirik lagu artis la.
saya suka dengar lagu dan tulis lirik-lirik tu dalam buku.
selain tu, suka menyanyi.
even suara sumbang.hahaha.
tak tahulah kenapa.
saya tak boleh hidup tanpa dengar lagu.
selain tu, saya sangat suka shopping dan hang out with my friends.
and hobi terbaru saya sekarang, mestilah blogging.hehe.

ha..
lagi satu.
saya peminat setia AKIM AF7.
hehe..

ok.
apa lagi eh nak cerita?
macam dah banyak je.
cukup la kot.
kalau nak berkenalan lebih lanjut,sila hubungi terus ke nombor 017-1234567.hehe..

thanx for reading!

Wednesday, January 19, 2011

CINTA ITU COMPLICATED.NOKTAH.

salam.

siapa yang pernah couple?

siapa yang tengah couple sekarang?

berapa umur korang masa mula-mula couple?
masa sekolah rendah??awal nya!ni mesti hot gila kat sekolah dulu kan??
sekolah menengah??
matrix?
ke bile dah masuk universiti?

pernah cinta monyet tak?
bukan-bukan.bukan cinta manusia kepada monyet..tapi 'puppy love' omputih kata.
cinta monyet ni mostly masa zaman-zaman sekolah dulu kan??

abis tu, sape yang tengah couple sekarang, adakah korang rasa ur partner is your soulmate?
kalau korang ada perasaan tu, macam mana eh perasaan tu?

siapa yang pernah putus cinta?
siapa yang mintak putus?
diri sendiri atau ur partner?
atau pun..terpaksa putus sebab nak fokus on study...

tak pun, putus cinta sebab dikecewakan oleh ur partner.

siapa yang pernah rasa putus cinta sebab dikecewakan oleh ur partner mesti dah agak serik untuk bercinta kan??

pada pendapat saya, kebanyakan orang yang couple masa umur belasan tahun atau masa masih bersekolah hanya cinta monyet.
biasalah.remaja.jiwa muda.
nak cuba benda baru.
tengok kawan-kawan ada pakwe/makwe, mulalah terasa bestnya kalau ada pakwe/makwe jugak macam dia.
kononnya bila couple ni, ada orang take care pasal kita, ada orang nak dengar masalah kita, ada orang yang selalu call kita,SMS,bagi hadiah..and so on.
couple just sekadar suka-suka.
bila dah bosan, mintak clash.

tapi,bila umur dah menganjak ke angka 2 di depan, saya rasa mostly akan berfikir mahu mencari pasangan untuk sehidup semati bila bercinta..(cewah..ayat tak boleh blah!)
nak cari couple yang boleh dijadikan calon suami atau isteri.
maksudnya, fikiran dah agak matang.
dah fikir untuk jangka masa panjang.
dan masa ni baru tersedar yang buang masa je bercinta dengan monyet-monyet sebelum ni masa zaman hingusan dulu.

kepada yang tengah bercinta, tanya pada diri sendiri. adakah ur partner boleh jadi suami / isteri yang baik untuk awak.
adakah dia boleh pikul tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri nanti bila dah berkahwin?
kalau ya, boleh terus kenalkan kepada keluarga.
kalau tak, tak payah tunggu lama-lama kumpul dosa.(paham-paham sendiri lah ya.)

kepada yang tak bercinta pun, pilihlan calon yang terbaik.berdoalah supaya ditemukan dengan orang yang tepat.

*renung-renungkan dan selamat beramal!

lagi satu,

nak tanya.

how will u response when u meet ur ex yang dah kecewakan u sebelum ni setelah lama tak jumpa??
nak buat-buat tak kenal?
larikan diri?

atau..

nak lupakan kisah lama.mulakan kisah baru.

senyum kat dia?
tegur dia?
buat macam tak ada apa-apa yang pernah berlaku antara korang berdua??

complicated nye cinta ni kan?

alamak.terlebih EMO pulak malam ni..

ok lah.bye...

thanx for reading this entry!!

Saturday, January 15, 2011

impianku tercapai

salam.

semalam saya keluar shopping with my roomate n fren..
kan saya ada cerita in my previous post yang saya dah lama sangat x shopping.
n banyak sangat benda yang saya nak beli.
malas nak cerita panjang2 pasal semalam.
so, layan je la gambar2 ni ye..






selain jam, saya beli perfume DIOR n beg untuk ke kuliah. (rasa x bersalah sket abeskan duit bila ada perkataan kuliah tu...)
tapi xde plak gambar yang diambil masa beli 2 benda tu.
kiranya tercapai gak la impian saya dalam previous post yang saya nak beli jam, beg n perfume.
hehe..


thanx for reading my entry!

Friday, January 14, 2011

jom makan kat tempat best!!!



salam.

saya nak promote satu kedai makan yang best kat kelantan ni.
nama kedai ni KHARIFA. (kalau tak silap la..)
atau nama laennya yang kitorang panggil, restoran kubur cina.
jangan terkejut lak dengar nama tu.
nanti saya cerita kenapa.
masa sampai kedai ni pun tak perasan nama pun, sebabnya kedai ni memang senang nak cari.
kedai ni ada dekat kawasan PENGKALAN CHEPA.
tapi saya tak tau the exact place..
kalau dari USMKK, kite akan lalu jalan nak gi airport.
kita akan ke sebelah kanan bila keluar dari pagar USMKK.
then juz go straight, hingga nampak tempat tinggal pelatih pilot di sebelah kiri. x silap saya namanya ASIA PACIFIC ape ntah.
ada satu cabang tiga betol2 sebelum tempat ASIA PACIFIC tu.
kalau x perasan tempat tu, ada satu sekolah kat seblah kanan jalan before nampak cabang tiga tu.
kita perlu belok ke kiri kat cabang tiga tu.
then, terus pergi straight sampai nampak satu kubur cina di bahu kiri jalan.
x sampai 5 minit pun dari cabang tiga tadi.
then, kita akan nampak restoran tu betol2 lepas kubur cina tu.
sebab tu ada orang panggil kedai tu RESTORAN KUBUR CINA!

kedai ni memang ramai sangat orang pergi.
macam2 makanan ada.
masakan panas, western, siam, makanan set.
kalau tengok kat sini, mostly order chicken chop n kuey teow goreng.
yang special nye restoran ni, kuey teow goreng dia hidang atas daun pisang.
nampak macam best!
tapi semalam saya dan kawan2 makan set.
kitorang pilih lauk ikan steam, tom yam campur, telur dadar berinti n kailan ikan masin.
serius BEST GILER!
especially ikan steam tu.
dahla harga murah.
satu set untuk 4 orang x sampai rm50 pun.
yanglagi best bila ada orang belanja saya semalam.hehe
tq AIN SABRINA!!!

Wednesday, January 12, 2011

sia-sia je ada lesen tapi x leh bawak kereta manual!

salam.
emosi saya sudah stabil sekarang selepas mendapat khabar kurang baik beberapa hari lepas...
tq kepada semua kawan2 yang bagi support dan semangat.
kamu semua memang TERBAIK!!!
saya sangat2 menghargainya.hehe..this weekend, saya x balik rumah.
agak pelik bila x balik rumah sebab selepas ayah saya meninggal hari tu, saya akan balik rumah tiap2 weekend.
tp minggu ni saya x balik sebab x de orang kat rumah.
ma ada kat KL lagi.
mengasuh cucu baru di sana..=)

so, ape yang saya nak buat kat USM ni this weekend??x nak la mengadap buku n laptop je 24 jam.
so, saya sudah plan untuk KELUAR BERGEMBIRA bersama adek2 kesayanganku (ain n zira)..
dah lama sangat x keluar ngan kawan2.
ye la, selama ni asyik balik rumah.
x ade mase nak keluar.
ni la masanya nak keluar bila dah x balik rumah.dalam otak ni, dah plan macam2 benda nak beli bile keluar nanti..
mentang2 JPA baru masuk.
rasa nak beli itu la,ini la.nak makan itu la, ini la..

nak beli semua ni boleh?

tapi...masalahnya...
nak keluar nanti naik apa??saya dah x bawak kereta.
nak sewa kereta kat USM ni boleh.tapi...
sape nak bawak kereta??
saya dah x reti bawak kereta manual.
dah x ingat langsung.
risau bila dah bawak nanti,kereta tiba2 mati tengah jalan.
tak pun tersangkut2 masa drive.
tak nak lah buat malu kat jalan raya nanti.haha
adek2 ku 2 orang tu plak x ada lesen lagi.
haih....
sia2 je saya ada lesen tapi x reti bawak kereta manual!
nampak gayanya, naik teksi je la nanti...huu~~~

Monday, January 10, 2011

friends, i need ur support!

salam.

hari ni result paediatric posting dah keluar.
most of the students LULUS.
tapi, saya salah seorang student yg tak bernasib baik..
SEDIH..
sangat jarang student tak bernasib baik dalam posting paediatric.
tapi nak buat macam mana.
nasib tak menyebelahi saya.
even lagi 1 markah je nak lulus.
nak wat macam mana.
at first, takleh nak terima result tu.
tapi lepas dah jumpe posting coordinator, saya rasakan saya memerlukan remedial untuk posting paediatric ni!
i missed lots of things sepanjang posting tu.
byk kelas saya skip sebab at that time my father passed away.
mungkin ada hikmah ALLAH buat semua ni.
dan hopefully saya lulus bila remedial nanti dan tak fail lagi in other postings.

(perasaan berbelah bahagi sebenarnya...tapi cuba menguatkan hati...hee~~
to all my frenz, i need ur support..thanx!)

Wednesday, January 5, 2011

fashionista bloggers

salam..
merdeka!!baru abes exam end of posting.
dua hari lepas exam clinical.pagi td exam mcq.hopefully lulus la.
amin..

-----------------------
balik ke tajuk asal.

sape tak kenal FATIN LIYANA? HANIS ZALIKHA? SHEA RASOL? CIK EPAL? MARIA ELENA?mesti korang semua kenal kan??
sekarang ni, kalau dok borak2 ngan member tu mesti ada terselit soalan pasal diorang ni.
"ko kenal tak fatin liyana??cantik kan dia??""hanis zalikha tu pandai giler..dahla cun abes.."
"cik epal tu comel la.suke baca blog die yang gile2"
boleh katakan semua yang ada blog or suka baca blog tahu pasal bloggers2 yang fashionista abes ni..
diorang sangat pandai dress up.
sah2 la pandai dress up.
kalau x, x seswai lak panggil fashionista.
actually saya pun suka layan blog diorang sebab suke tgk their style n how they dress up.tapi tengok je la kan...
x mampu nak praktikkan/dress up sampai camtu kot.
nanti silap haribulan bila saya pakai camtu, orang terus anta saya masuk wad 5 kat HUSM.
oh tidak!!!
tp pernah jugak berangan nk jadi macam tu..
tp angan2 mat jenin je la....xkan ke mana..
banyak je dress n shawl yg sy dah beli tp semua terperap dalam closet.
haha...
bazir duit je kan..
tp most of the fashionista bloggers ni beauty with brain.
contohnya HANIS ZALIKHA.pointer dia selalunya 3.5 ke atas..hampir2 4 flat kot.hebat betol!

satu lagi contoh, FATIN LIYANA.
dia ni medical student tau.
pointer die baru2 ni pun 3.5 ke atas jugak.
dah la amek medic.
(mesti ramai patient terpikat kat dia nanti..hehe)



huish..dasyat nye diorang ni kan..
memang kagum la kat diorang ni...
bukan setakat cantik, tapi pandai.

Saturday, January 1, 2011

selamat tahun baru!

salam..

selamat menyambut tahun baru 2011.
macam biasa,setiap kali masuk tahun baru mesti kena ada azam tahun baru.
jadi, azam saya pada tahun ini ialah :
1) mahu menjadi student yg rajin. tak mau fail mane2 posting. amin....
2) mahu belajar masak lagi banyak resepi dengan lebih fokus supaya leh masuk masterchef season..haha..
3) mahu menjadi anak yang solehah atau dalam erti kata laen,selalu menjenguk ibu di rumah..hehe
4) mahu kurus! (setiap tahun wat azam ni, tp x pernah tercapai.T_T)

tu je kot azam tahun ni.
xboleh banyak2 nanti xbuat.

2010 dah meninggalkan meninggalkan banyak kenangan pahit manis kepada saya.
semoga tahun 2011 ni membawa lebih banyak rahmat,kejayaan dan kegembiraan.
amin...
anyway, selamat tahun baru.

xde motif letak gambar nih..hoho